KUCHING: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang ke-19 bertafakur selama satu minit bagi mengingati pemergian pemimpin dan wakil rakyat Sarawak yang telah meninggal dunia bagi tahun ini.

Speaker Dun Sarawak Datuk Amar Tan Sri Mohammad Asfia Awang Nassar mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Bekas Yang Dipertua Dewan Negara yang juga tokoh korporat, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen.

“Kami merasa amat sedih dengan pemergian Allahyarham, saya mohon dewan bertafakur selama satu minit, dan berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing,” katanya sebelum membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) di DUN Sarawak, hari ini.

Allahyarham Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen yang juga Bekas ADUN Saribas meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Normah, di sini sekitar jam 12.30 tengah malam 12 Jun 2022.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 89 tahun.

Suara Sarawak