Hasidah menunjukkan dokumen Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) (No.2), 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti.

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) (No.2), 2022 mengenai peruntukan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti.

Ia setelah RUU itu mendapat sokongan dua pertiga atau 77 orang ADUN pada hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

RUU itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Suara Sarawak