KUALA LUMPUR: Saingan peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Premier Sarawak 1, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022 berlangsung Sabtu dan Ahad nanti.

Lantas, bakal menyaksikan pertembungan empat pasukan iaitu Saratok FA, Semarang Village United, Jang Bukit Saban dan Hermanos FC untuk merebut dua slot ke pentas akhir.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, aksi separuh akhir pertama antara sang juara Liga Betong 2022, Saratok FA menentang Semarang Village United pada 12 November.

MARA KE SEPARUH AKHIR…Pemain pasukan Jang Bukit Saban.

Disusuli pertembungan Jang Bukit Saban dan Hermanos FC pada 13 November.

“Sepak mula perlawanan membabitkan empat pasukan terbabit jam 3:00 petang di Kompleks Sukan Betong,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Saratok FA berjaya mara ke separuh akhir selepas mengenepikan Skyline dengan kemenangan tipis (1-0).

Berbanding kemenangan selesa (4-1) dicatat Jang Bukit Saban ke atas Loy69 Mangut.

Manakala, kemenangan tipis (2-1) Semarang Village United ke atas GMP FC. Selain kemenangan (2-1) diperoleh Hermanos FC ke atas Saribas United.

Suara Sarawak