Abdul Jalil Bujang

MUKAH: Apa sahaja perbezaan yang wujud Pakatan antara Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), ia perlu diketepikan demi kemakmuran negara.

Itu jelas Ketua PKR Cabang Mukah, Abdul Jalil Bujang berhubung pembentukan kerajaan baharu.

“Gabungan antara PH dan BN harus berlaku atas dasar prinsip kedaulatan undang-undang, bukan kepentingan politik individu.

“Tambahan pula, pada penggal lalu kita telah menyaksikan prestasi kepimpinan negara. Kini giliran PH dengan kepimpinan yang baharu diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Politik perkauman dan keagamaan perlu diseimbangkan, gabungan PH+BN boleh memainkan peranan ini dengan pengalaman yang lalu. Beri peluang untuk membuktikan kesungguhannya,” katanya kepada Suara Sarawak.

Malah ujarnya pelabur asing mesti diyakinkan agar ekonomi negara berkembang, dan rakyat menerima manfaatnya.

Suara Sarawak