Emas terakhir Davis Machang

KUALA LUMPUR: Jaguh rejam lembing Para Sukma Sarawak, Davis Machang, 44, terharu dapat meraih pingat emas dalam acara kegemarannya (F34) Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sebentar tadi.

Sambil menyifatkan ia merupakan pingat emas terakhir bagi dirinya kerana tidak akan turut serta lagi pada kejohanan itu pada masa akan datang ekoran lebih usia.

“Ini pingat emas terakhir daripada saya untuk kontinjen Para Sukma Sarawak.

“Temasya akan datang saya tidak akan turut serta kerana sudah melebihi had umur ditetapkan,” ujar Davis ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

Menurut Davis, beliau sesungguhnya amat gembira kerana dapat mengekalkan kecemerlangan pada penampilan terakhir dalam temasya tersebut.

Tegas Davis, beliau mula mewakili Sarawak dalam kejohanan terbabit sejak 2005.

“Bermula dari saat itu, pingat emas bagi kategori tersebut kekal dikuasai saya,” tambah anak jati kelahiran Limbang yang turut menyatakan penguasaan pingat emas terbabit bermula dari 2006, 2008, 2010, 2012, 2014, 2016 dan 2018.

Davis dalam acara terbabit berjaya melakukan rejaman terbaik dengan jarak 15.78 meter.

Gagal dicabar dua pesaingnya iaitu Muhamad Nazir Aliman dari Johor (4.20 meter) selaku pemenang pingat perak dan Taufik Hidayat Nasirdin dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (13.49 meter) selaku pemenang pingat gangsa.

Suara Sarawak