KUCHING: Foo Man Ting, sebuah restoran Cina klasik di pusat beli belah La Promenade baru dibuka, menawarkan menu hidangan premium yang diilhamkan dari lukisan tradisional.

Restoran yang dibuka kira-kira tiga minggu lalu diketuai oleh ketua cef Yong Chee Kian.

SEDAP…Datuk Peter Minos (depan) bersama yang lain mencuba makanan di restoran Foo Man Ting, pusat beli belah La Promenade.

Chef Yong, 56, membawa pengalaman kulinarinya dari Taiwan dan Singapura dan 36 tahun dalam masakan Cina telah menarik perhatian pengurusan pusat beli belah Hock Seng Lee (HSL).

“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada tawaran baharu HSL di La Promenade. Ini adalah kerjasama pakar yang sebenar.

Chef Yong Chee Kian.

“Kakitangan saya terdiri daripada veteran dari Kuching dan bakat baharu muncul dari Serian.

“HSL telah membina dapur yang menakjubkan, dewan makan dan bilik VIP yang cantik. Kami bersama-sama menemui lukisan kaligrafi yang cantik menghiasi ruang di sini,” katanya.

PREMIUM….Abalon rebus dan kaki angsa, gabungan yang kaya dengan rasa dan tekstur.

Antara menu utama adalah Buddha Jumps Over The Wall (Fo Tiao Qiang, hidangan makanan laut), Hangzhou Braised Pork Belly, kerapu kukus ala Kantonis dan itik peking.

Selain itu, daging panggang, ayam Kung Pao Sichuan dan hidangan lain seperti hidangan tauhu dan mi buatan tangan.

Restoran yang terletak di tingkat dua La Promenade Mall yang dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dan makan malam itu dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos malam tadi.

Suara Sarawak