KUALA LUMPUR: Hermandy Rasidi turut mencetak nama selaku penyumbang pingat buat kem powerlifting apabila berjaya meraih pingat perak kategori tidak melebihi 72 kilogram.

Saingan yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan sebentar tadi, Hermandy berjaya meraih pingat emas dengan mencatat 95kg angkatan.

DAPAT PERAK…Hermandy Rasidi bersama pingat perak yang dimenangi. – FOTO: ABDUL HAKEEM WELL

Gagal mengatasi kehebatan atlet dari Perlis, Muhamad Salqi Mohd. Shikri selaku pemenang pingat emas yang berjaya melakukan angkatan 117kg.

Pingat gangsa kategori tersebut milik atlet dari Sabah, Abdul Khamis Laharuso dengan angkatan 85kg.

“Permulaan baik buat Hermandy kerana berjaya beroleh pingat perak.

“Ini penampilan pertama beliau dalam Sukan Para Sukma,” ujar pengurus pasukan, Rusmalina Mat Darus kepada Arena.

Suara Sarawak