KUCHING: Golongan muda khususnya yang berumur 18 tahun masih belum kelihatan bagi menunaikan tanggungjawab mereka sejak pagi tadi.

Tinjauan Suara Sarawak di pusat mengundi, Sekolah Kebangsaan (SK) Song Kheng Hai dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Stampin mendapati rata-rata golongan warga emas dan orang dewasa sahaja yang datang mengundi.

Seorang warga emas, Kho Kian Thai, 83 sedang diusung oleh petugas SPR untuk menunaikan tanggungjawab sambil ditemani isteri nya Lee Hong Kiew, 75 di Sekolah Kebangsaan (SK) Song Kheng Hai sebentar tadi.

Suasana yang sunyi sejak jam 7.30 pagi mula hening dengan kehadiran orang ramai sekitar jam 9 pagi tadi.

Pengundi di sekitar Kuching mematuhi arahan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunaikan tanggungjawab mereka dan memakai pelitup muka.

Suasana orang ramai datang mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Song Kheng Hai sebentar tadi.

Proses mengundi berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik.

Suara Sarawak