Tertuduh dibawa keluar anggota polis wanita melalui tangga menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah

KUCHING: Seorang ibu tunggal muda dijatuhi hukuman penjara dua bulan atau denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada bulan Mei tahun lepas.

Tertuduh Syahayati, 23, berasal Kampung Gita mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Maris Agan.

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dalam pengawasan dua tahun selepas menjalani hukuman atau membayar denda.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengambil dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine di hadapan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching.

Dia bekerja sebagai pelayan kedai makan itu didapati mengambil bahan terlarang terbabit kira-kira jam 11.08 malam, 6 Mei 2021.

Oleh itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum di bawah Seksyen 15(1) jika sabit kesalahan.

Selain itu, laporan dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan bahawa tertuduh positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Suara Sarawak