INI DIA…Sulan Guang menunjukkan salah satu jenis ikan salai jualannya. FOTO MOHD. ALIF NONI

LUBOK ANTU: Tidak lengkap rasanya bagi mereka yang berkunjung ke Pasar Hasil Hutan, Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) Sri Aman tanpa membawa pulang sebarang buah tangan.

Apatah lagi, pusat bagi masyarakat setempat khususnya dari bandar Sri Aman dan sekitarnya mendapatkan barangan mentah untuk menyediakan santapan keluarga itu menghimpunkan pelbagai pilihan.

Bagi penggemar masak lemak berasaskan santan dan sebagainya. Pusat jualan berkenaan ada penyudah keinginan tersebut.

Apa tidaknya, gerai jualan ikan salai milik Sulan Guang, 52, antara yang mencuri tumpuan dengan himpunan pelbagai jenis ikan sungai mahupun air tawar.

“Semua jenis ikan salai tersedia di sini untuk pelanggan dengan harga berpatutan,” ujar Sulan ketika ditemui Suara Sarawak.

Ibu kepada empat cahaya mata itu menegaskan, antara jenis ikan salai dijualnya ialah ikan keli, terubuk, lajong, lias selain udang.

Mengulas lanjut mengenai barangan jualan digerainya itu, Sulan memberitahu harga bagi jenis ikan salainya bergantung kepada saiz dan kuantitinya.

“Harga paling rendah RM10 berbanding RM100 untuk harga paling tinggi untuk satu kilogram,” tambah Sulan.

Sambil mengakui pendapatan harian diperoleh sekitar RM500. Bagaimanapun, jumlah pendapatan jualannya boleh mencecah sehingga RM2,000 bergantung kepada situasi seperti musim cuti, perayaan mahupun keramaian.

INI DIA…Sulan Guang menunjukkan salah satu jenis ikan salai jualannya. FOTO MOHD. ALIF NONI

Suara Sarawak