SARIKEI: Penampilan pasukan Jang Bukit Saban dalam Liga Betong 2022 dan Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022 dilihat lebih berbeza berbanding musim sebelumnya.

Dianjurkan badan induk, Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), pasukan Jang Bukit Saban milik tokoh sukan terkemuka Abang Suhordie Abang Zaini itu menerima pelbagai sokongan dan sumbangan dana untuk kelabnya.

Justeru, Abang Suhordie mewakili pengurusan kelab terbabit ingin merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak terbabit atas sokongan yang diberikan kepada pasukan Jang Bukit Saban.

MANTAP…Pasukan Jang Bukit Saban.

“Kita berterima kasih kepada Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, mantan Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat, Dr Louis Laja serta Azan Engineering Sdn. Bhd.,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Pasukan Jang Bukit Saban antara yang berjaya mara ke separuh akhir kempen Piala Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022.

Di samping tiga lagi pasukan iaitu Saratok FA, Hermanos FC dan Semarang Village United.

Saingan separuh akhir sebelum ini dijadual berlangsung 12 dan 13 November lalu, namuj ditunda ke tarikh baharu iaitu 26 dan 27 November.

Separuh akhir pertama menyaksikan pertemuan antara Saratok FA dan Semarang Village United selain Jang Bukit Saban akan menentang Hermanos FC.

Suara Sarawak