BETONG: Seperti dijangka, Jang Bukit Saban menepati ramalan mara ke pentas akhir Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022.

Skuad serba mantap yang turut dibarisi beberapa bekas pemain Kuching City FC bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya mencatat kemenangan tipis (3-2) ke atas Hermanos FC pada perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, petang tadi.

HERO….Tiga penjaring gol Jang Bukit Saban, (dari kiri) Muhammad Ramadhan Jepridin, Affyshahrul Effendi dan
Shahidun Yazid. – FOTO FAIZAL BUJANG

Tersentak dengan dua gol awal dijaringkan penyerang lincah, Yohanis Daniel Kinda minit ke-2 dan 17.

Barisan pemain Jang Bukit Saban bangkit dengan tiga gol menerusi jaringan Shahidun Yazid minit ke-76, Muhammad Ramadhan Jepridin minit ke-80 dan Affyshahrul Effendi minit ke-84.

Sekali gus, akan bertemu Semarang Village United untuk penentuan juara pada perlawanan akhir yang belum diketahui tarikhnya.

Suara Sarawak