Gambar di tempat kejadian

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung insiden kebakaran saluran Paip Gas Sabah Sarawak (SSGP) Petronas di kawasan Berikau, Lawas semalam.

JKR Sarawak mengesahkan insiden kebakaran yang berlaku semalam berdekatan laluan pembinaan projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR).

“Punca sebenar insiden kebakaran itu masih dalam siasatan.

“Pihak kontraktor telah segera diarahkan untuk memberhentikan kesemua kerja-kerja site clearing dan kerja-kerja tanah sementara siasatan dilakukan,” kata JKR menerusi satu kenyataan hari ini.

Petronas dalam satu kenyataan semalam memaklumkan insiden kebakaran melibatkan saluran SSGP Petronas itu dipercayai berpunca daripada kerja-kerja dijalankan pihak ketiga berdekatan kawasan berkenaan.

Menurut Petronas, kerja-kerja yang dijalankan pihak ketiga itu juga tiada kaitan dengan operasi saluran paip tersebut dan satu laporan polis telah dibuat mengenai insiden terbabit.

Suara Sarawak