Anggota bomba memantau keadaan banjir di Rumah Entabang Kampung Lubuk Pusu, Medamit

LIMBANG: Paras air sungai yang semakin meningkat menyebabkan Kampung Lubuk Pusu, Medamit dilanda banjir kilat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataannya berkata, banjir ini telah menjejaskan satu rumah panjang sebanyak 25 pintu dihuni seramai 267 mangsa serta tiga rumah persendirian.

“Kejadian banjir di kawasan Kampung Lubuk Pusu, Medamit itu dilaporkan berlaku pada jam 8 pagi tadi dan masih belum surut.

“Namun, tiada sebarang pemindahan penduduk dilakukan setakat ini memandangkan penduduk mendiami di tingkat atas kediaman mereka,” katanya.

Bagaimanapun katanya, penduduk masih memerlukan bantuan bekalan makanan dan air bersih. Semua jalan darat putus dengan banjir. Hanya jalan sungai sahaja untuk ke rumah panjang ini.

Suara Sarawak