SENGIT…Pemain Kapit FA (kiri) dan PSSI Kalimantan Barat (kanan) melonjak untuk melakukan tandukan. – FOTO GHAZALI BUJANG.

KUCHING: Hasrat pasukan jiran tetangga, PSSI Kalimantan Barat untuk mencetak kemenangan kedua tidak kesampaian apabila tumpas (2-1) di tangan Kapit FA pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya petang tadi.

Kapit FA terdahulu berada di depan menerusi dua gol hasil jaringan Alan Eldrian Mathew minit ke-5 dan Idham Shahs Mahdi minit ke-63.

Sebelum PSSI Kalimantan Barat bangkit untuk menjaringkan gol tunggal menerusi Fahrizal Muhammad minit ke-69.

Kemenangan diperoleh Kapit FA itu menyaksikan pertambahan tiga mata seterusnya untuk wakil dari zon tengah itu yang meletakkan mereka di kedudukan teratas Kumpulan B dengan enam mata setakat ini.

Aksi sama rancak dipamer pemain kedua-dua pasukan sepanjang saingan. Masing-masing mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.

Sementara itu, dua lagi perlawanan lain turut berlangsung hari ini.

Miri FA menumpaskan PEC Bintulu (3-1) pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya pagi tadi. Selain kemenangan tipis (3-2) diperoleh Limbang FA ke atas PEC Kapit di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Esok akan berlangsung tiga lagi perlawanan. PSSI Kalimantan Barat akan turun menentang Limbang FA (Stadium Negeri/8:30 pagi), Kuching FA menentang Kapit FA (Stadium Sarawak/8:30 pagi) dan Serian FA menentang Sarikei FA (Stadium Negeri/4:15 petang).

Suara Sarawak