MUKAH: Adun Balingian Abdul Yakub Arbi mengakui kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diwakili Datuk Hanifah Hajar Taib dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) adalah hasil kerjasama ranting parti yang selama ini banyak membantu sepanjang kempan.

Katanya, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di kesemua tiga kawasan Dun iaitu Dalat, Tellian dan Balingian yang membantu proses berkempen berjalan lancar.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat sama secara langsung dan tidak langsung dalam PRU-15 kali ini.

“Dari keputusan yang diperoleh kali ini kita berpuas hati dengan pencapaian Datuk Hanifah yang memperoleh 21,733 undi berbanding PH yang mendapat 6,047 undi,” katanya kepada pemberita selepas keputusan PRU-15 Parlimen Mukah diumumkan pada Sabtu.

Tegasnya,dengan keputusan tersebut ternyata kini Parlimen Mukah adalah kubu kuat GOS di Sarawak.

Malah dari segi majoriti ujarnya, jika berbanding dahuku adalah lebih baik dari PRU terdahulu yang mana majoriti hanya setengah dari undi, namun kini beliau memperoleh undi dua kali ganda.

“Pastinya rakyat turut gembira dengan pencapaian kita pada kali ini,” jelasnya lagi.

Suara Sarawak