BETONG: Kematangan pengundi diyakini akan membuahkan keputusan luar jangka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Betong Patrick Kamis memberitahu, pemahaman rakyat Sarawak terhadap perkembangan politik semakin matang.

“Sikap keterbukaan rakyat semakin jelas.

“Justeru, saya menjangkakan akan berlakunya keputusan luar jangka pada pemilihan 19 November ini,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

PATRICK KAMIS

Jelasnya, parti atau calon yang akan mendominasi bergantung kepada keampuhan strategi masing-masing.

“Saya yakin kira-kira 15 hingga 20 kawasan parlimen mempunyai peluang sama rata.

“Ini ekoran perkembangan politik semasa yang mudah diakses oleh rakyat, tidak ketinggalan di Parlimen Betong.

“Rakyat masih tunggu dan lihat sehingga pengundian,” ujarnya.

Bekas pengetua itu mengakui yang jelas, PRU-15 kali ini pasti akan memulakan ideologi baharu dalam sistem demokrasi negara.

Beliau turut menjangka anggaran keluar mengundi sampai 75 peratus dan pihaknya sentiasa memberi kesedaran kepada pengundi atas pagar agar turun mengundi.

Suara Sarawak