Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan dua kuarters guru di SK Nanga Tajam, Selangau.

BINTULU: Kuarters dua guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Tajam, Stapang, Selangau musnah terbakar malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (Bomba) Sarawak berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikerahkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai pada 11.52 malam.

“Di tempat kejadian, komander operasi melaporkan dua unit kuarters guru berukuran 40 kaki kali 20 kaki musnah terbakar.

“Penghuni lelaki di salah satu unit berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi lelaki tiada di rumah semasa kejadian,” katanya.

Tambahnya, pihak bomba berjaya mengawal api dan memadamkan sepenuhnya kebakaran.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat,” ujarnya.

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan dua kuarters guru di SK Nanga Tajam, Selangau.

Suara Sarawak