KUCHING: Kuching City FC (KC FC) berjaya melakar sejarahnya tersendiri apabila berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2022.

Ia hasil daripada kemenangan ke atas Penang FC dengan keputusan (2-1) dalam aksi timbal balik di Stadium Negeri, malam tadi.

GASAK… Antara aksi barisan pemain Kuching City FC dan Penang FC pada perlawanan merebut slot ke suku akhir Piala Malaysia 2022, malam tadi.

Aksi sengit masing-masing dipamer kedua-dua pasukan pada babak pertama namun Penang FC berjaya memecah kebuntuan gol apabila penyerangnya, Lucas Espindola mudah menolak masuk bola ke gawang pada minit ke-22.

KC FC kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pada jarak kira-kira 30 meter dari gawang lawan yang disudahi cantik oleh tendangan kaki kiri Mohamad Alif Hassan pada minit ke-62.

GASAK… Antara aksi barisan pemain Kuching City FC dan Penang FC pada perlawanan merebut slot ke suku akhir Piala Malaysia 2022, malam tadi.

Keputusan terikat (1-1) menarik perlawanan ke masa tambahan sekali gus digunakan sebaik mungkin kedua-dua pasukan memburu jaringan kemenangan.

Penang FC gagal mencari jaringan penyamaan sehingga wisel penamat bagi masa tambahan kedua yang berakhir pada minit ke-120, menyaksikan keputusan kemenangan memihak kepada KC FC.

GASAK… Antara aksi barisan pemain Kuching City FC dan Penang FC pada perlawanan merebut slot ke suku akhir Piala Malaysia 2022, malam tadi.

Agregat masa penuh (4-3) perlawanan menjadikan pasukan The City Boys yang mencipta sejarah tersendiri itu bakal menentang Sabah FC minggu depan pada aksi suku akhir Piala Malaysia.

Perlawanan tersebut juga menyaksikan Stadium Negeri, Petra Jaya dipenuhi seramai 5,230 orang penonton.

Suara Sarawak