KUCHING: Seramai lapan suspek ditahan atas kesalahan yang dilakukan sepanjang tempoh berkempen.

Pesuruhjaya polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata sepanjang tempoh kempen (5 hingga 18 November), polis menerima 72 laporan dan membuka 25 kertas siasatan.

“Secara kumulatif, sebanyak 3,108 permit telah dikeluarkan di seluruh negeri sepanjang tempoh berkempen yang mana 171 daripadanya dikeluarkan berikutan ceramah yang diadakan tanpa permit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di SK Merpati Jepang, di sini, hari ini.

“Kita berharap pengundi dan ahli parti mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan agar proses pilihan raya umum berjalan lancar,” katanya  ketika ditemui media di SK Merpati Jepang, hari ini.

Susulan itu, beliau memberi jaminan bahawa keadaan di semua 31 kawasan parlimen di Sarawak adalah terkawal kerana tiada laporan dibuat yang boleh mengganggu proses PRU.

Beliau mendedahkan semalam, tiga permit telah dikeluarkan atas kes memusnahkan kain rentang.

“Ketiga-tiga permit ini dikeluarkan malam tadi di Sarikei. Kita akan buka kertas siasatan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya,” katanya.

Mengulas mengenai kawasan yang sering dilanda banjir, Azman menjelaskan setakat ini tiada sebarang isu mengenainya.

“Proses pengundian masih berjalan di kawasan-kawasan ini kerana kita menukar tempat mengundi untuk pengundi (supaya tidak timbul isu banjir),” katanya.

Suara Sarawak