HEBAT…Khirudin (empat kiri belakang) menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan BAPOM.

KUCHING: Pasukan Organisasi Keselamatan Kebakaran (OKK) dari agensi awam dan swasta diuji ketangkasan dan semangat berpasukan mereka dalam Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Zon Selatan tahun 2022.

Sebanyak 38 buah pasukan yang terdiri daripada 318 orang peserta terlibat dalam latihan tersebut.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata, objektif pertandingan adalah untuk memupuk semangat setiakawan dan keharmonian ahli OKK di samping mengeratkan kerjasama antara peserta OKK dan bomba.

SEMANGAT… Khirudin bersama-sama 38 pasukan dari pelbagai agensi awam dan swasta merakam gambar kenangan.

Malah katanya, peserta dapat menghayati dan mengamalkan ilmu keselamatan kebombaan serta memupuk kemahiran melalui kecepatan tindakan jika berlaku kecemasan di premis masing-masing.

“Pada masa yang sama katanya, ia memenuhi cita rasa dan inti pati Dasar Kebombaan dan Penyelamatan Negara (DKPN) 2021-2030 yang turut mengariskan usaha-usaha untuk memperkasa perkhidmatan kebombaan yang lebih efektif dan responsif.

“Namun kerjasama strategik dan penglibatan insklusif pelbagai pihak juga amat diperlukan untuk memastikan setiap rakyat membudayakan amalan keselamatan yang baik,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Latihan Pemantapan Kawad Kecekapan Zon Selatan Tahun 2022 di Ibu Pejabat JBPM Sarawak, di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Timbalan Pengarah JBPM Sarawak Tiong Ling Hii dan Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak Azahar Dris.

Khirudin turut meluahkan harapan agar para peserta dapat menanam sifat-sifat berwaspada terutamanya berlakunya sesuatu bencana di persekitaran.

Suara Sarawak