SIBU: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya melanggar pokok di Jalan Paradom, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian daripada orang awam pada jam 7.42 pagi.

Keadaan kereta mangsa remuk di bahagian depan setelah melanggar pokok.

Susulan itu, katanya BBP Sibu Sentral kemudian mengerahkan 10 anggota beserta sebuah jentera FRT dan EMRS diketuai PBK II Donny Sumping ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati benar berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza yang dipandu oleh seorang lelaki telah terlanggar pokok di bahu jalan.

Anggota bomba membawa mayat mangsa selepas mengeluarkannya dari dalam kereta yang remuk di tempat kejadian.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan kenderaan,” katanya.

Ujarnya, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

Anggota bomba membawa mayat mangsa selepas mengeluarkannya dari dalam kereta yang remuk di tempat kejadian.

Katanya mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa yang maut itu dikenali sebagai Augustine Langan Pas dari Rumah Pas, Sungai Sian, Bintangor.

Bagaimanapun, umur mangsa tidak diketahui.

Suara Sarawak