KUCHING: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Stampin Lo Khere Chiang tetap bersikap tenang walaupun dilabel sebagai ‘Raja Empurau’ dalam satu klip video palsu yang dipercayai mengelirukan rakyat.

Ia susulan satu video yang disunting menunjukkan Lo mengulas mengenai ikan empurau dan mempersoalkan orang miskin kerana makan empurau.

Katanya, tidak terganggu dengan helah kotor dengan perkara sedemikian bagi tujuan menampakkan dirinya buruk.

Lo Khere Chiang ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam Perpaduan di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Arang, malam tadi.

“Saya telah menerima banyak gelaran selama ini, dan ia tidak mengganggu sama sekali.

“Saya hanya melakukan perkara yang betul dan sangat kesal kepada mereka yang mengambil kesempatan yang cuba salah petik saya selain melukis gambar buruk tentang saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan siber yang cuba memburuk-burukkan saya. Tetapi, pada akhirnya, saya telah mendapat lebih ramai kawan di siber kerana ia sesuatu yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Perpaduan di Gelanggang Bola Keranjang, Jalan Arang, malam tadi.

Lo yang juga Adun Batu Kitang itu menasihatkan pengguna media terutamanya golongan muda supaya berhati-hati dalam melakukan perkara.

“Ikut bos yang betul supaya anda akan pergi jauh, kalau ikut ‘bos’ yang salah anda akan ke penjara,” tegasnya.

Suara Sarawak