KUCHING: MyAirLine Sdn Bhd yang akan mula beroperasi esok hari akan membuka tiga laluan penerbangan domestik melibatkan Kuching, Kota Kinabalu dan Langkawi.

Ia juga akan dimulakan dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke Kuching.

Penerbangan terus MyAirLine yang bermula esok hari itu adalah secara harian yang mana sekali ke Kuching serta dua kali sehari ke Kota Kinabalu dan Langkawi.

Manakala, bermula 2 Disember, MyAirLine akan terbang ke Kuching dua kali sehari; dan akan ditingkatkan kepada tiga kali sehari bermula 23 Disember ini.

Penerbangan akan dijalankan melalui pesawat Airbus A320-200, dilengkapi dengan 180 kerusi dalam kabin kelas tunggal.

Sehubungan itu, MyAirLine merancang untuk melancarkan penerbangan ke Sibu, Miri dan destinasi utama lain di Malaysia setelah mendapat kelulusan pengawal selia.

Dalam hal berkaitan, Ketua Pegawai Eksekutifnya Rayner Teo berkata frekuensi penerbangan akan meningkat apabila rangkaian domestik syarikat penerbangan berkembang.

“Kami juga merancang untuk memulakannya Terbang di rantau Asean menjelang suku kedua tahun 2023 nanti,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Tempahan boleh didapati dengan harga serendah RM68 dari Kuching menerusi laman web MyAirLine di www.myairline.my dari 26 hingga 30 November 2022.

Manakala tempoh perjalanan untuk tawaran tersebut adalah dari 1 Disember ini hingga 25 Mac tahun hadapan

 

Suara Sarawak