MUKAH: Seorang nelayan berusia 70 tahun yang disyaki hilang dan tidak pulang ke rumah sejak jam 12 tengah hari Ahad ditemui dalam keadaan selamat bersama-sama bot oren dan kelengkapannya.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias, mangsa ditemui oleh orang kampung di Pantai Kuala Sungai Kampung Penat pada jam 12 tengah malam pada pada Ahad.

Bot oren yang digunakan turut ditemui dalam keadaan selamat.

“Menurut mangsa, enjin bot beliau mengalami kerosakan lalu dihanyutkan ke tepi pantai,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, keluarga mangsa disarankan untuk membuat laporan polis berkaitan penemuan berkenaan.

Mangsa selamat ditemukan.

Terdahulu mangsa disyaki hilang selepas tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah hari dan laporan polis dibuat oleh anaknya pada sebelah petang memaklumkan kehilangan ayahnya itu.

Setelah itu gerakan mencari dilakukan oleh penduduk kampung dan pihak berkuasa bagi mencari mangsa.

Suara Sarawak