Dahulu sebagai gadis biasa, Nina atau nama sebenar Nina Mahizan Yaman, 39, kini mampu memiliki rumah, kereta sendiri dan melancong ke luar negara.

 

Menurut Nina, ia merupakan berkat usaha mencari pendapatan lebih walaupun sudah mempunyai kerjaya yang stabil dan gaji tetap setiap bulan.

 

Seperti wanita biasa, Nina menamatkan persekolahan, lanjut pengajian tinggi dan bekerja di sektor awam.

 

Namun, enggan terus berada dalam zon selesa, dia mengorak langkah untuk ke tahap seterusnya dengan menceburi bidang keusahawanan.

 

“Asalnya saya wanita biasa sahaja, tamat sekolah, masuk universiti, dapat kerja kerajaan, dapat membeli belah, itu pun sudah sangat mencukupi bagi saya.

 

Saya berasa selasa dalam zon saya, tapi saya bertukar fikiran, saya tidak mahu rasa selesa ini.

 

 

“Mungkin kerana saya merupakan anak sulung, ibu saya merupakan ibu tunggal yang membesarkan saya dan dua orang adik mendorong saya untuk bantu ibu dan keluarga,” katanya.

 

Menurut Nina yang bekerja sebagai penolong akauntan di sebuah institusi kerajaan, ceritanya bermula apabila melihat kenalan rapatnya mengusahakan perniagaan produk kecantikan dan pemakanan semula jadi antarabangsa, Shaklee Corporation.

 

Shaklee Corporation ialah pengilang dan pengedar suplemen pemakanan semula jadi, produk kecantikan dan produk isi rumah Amerika Syarikat.

 

Syarikat itu berpangkalan di Pleasanton, California dengan operasi global di Kanada, China, Indonesia, Jepun, Malaysia dan Taiwan.

Nina semasa bercuti di Negara Eropah

“Dia juga anak anak sulung, jadi saya merasakan kami mempunyai persamaan, Saya jadikan dia sebagai inspirasi untuk saya berjaya, saya mula berjinak-jinak belajar cara melakukan perniagaan atas talian produk tersebut.

 

 

“Saya tetapkan sasaran bulanan, jika saya sasarkan RM500 untuk bulan ini, maka saya pastikan ia dapat dicapai atau lebih daripada itu,” ujarnya.

 

Sedar dirinya mempromosikan produk makanan tambahan, Nina mendalami ilmu pengetahuan kemahiran dalam pemakanan.

 

BANTU USAHAWAN BAHARU

 

Menurut Nina lagi, dia sentiasa mahu mencapai tahap yang lebih baik dari sebelumnya, untuk mencapai impian perlu ada sistem sokongan yang padu.

 

“Tapi untuk mencapai impian yang orang lain boleh capai, kita tidak boleh sentiasa selesa dan berada dalam zon selesa dan kita juga perlu ada sistem sokongan yang kuat, kita tidak boleh buat seorang diri.

 

“Untuk mengasah ilmu yang ada, saya bantu orang yang mahu berjaya, orang yang mahu capai kejayaan seperti yang sudah saya capai, dan ia menjadi satu kepuasan menerima ucapan terima kasih selepas bantu orang lain.

 

“Selepas saya berjaya bantu orang dalam bidang perniagaan hingga capai pendapatan empat angka, saya mempunyai matlamat untuk bawa lebih ramai orang ke dalam kumpulan saya untuk ubah taraf pendapatan mereka,” katanya.

 

Cabaran paling besar ialah pembahagian masa kerana kekangan tugas hakiki yang memerlukan komitmen dan fokus yang tinggi.

 

“Kadang-kadang saya perlu bekerja lebih masa dan saya kurang fokus dengan perniagaan, ia menyebabkan prestasi pasukan merosot dan jualan jatuh.

 

“Jadi untuk kekal positif walaupun otak tepu, saya baca buku motivasi atau melihat video tokoh bisnes yang saya kagumi. Mereka pastinya hadapi cabaran yang lebih hebat. Kalau mereka boleh, kenapa saya tidak?

 

“Saya fokus dengan pengambilan makanan tambahan untuk membantu memberikan tenaga yang saya perlukan, membantu badan saya berfungsi dengan lebih optimum,” katanya.

 

Tambah Nina lagi, jika dibandingkan kehidupannya sekarang sangat baik, dia dapat memiliki apa-apa yang dia mahu sebelum ini termasuk merasai melancong di luar negara.

 

“Kalau dulu saya hanya mampu bercuti di dalam negeri saja, bahkan untuk meneroka Malaysia sahaja saya tidak mampu kerana asyik fikirkan komitmen dan tanggungan.

 

“Tapi siapa sangka, sekarang saya sudah menjelajah beberapa negara. Baru-baru ini, saya mendapat hadiah sebagai tanda penghargaan berupa percutian ke Switzerland yang saya pasti ialah negara paling mahal kalau guna duit sendiri,” katanya.

 

Bagi Nina, pencapaiannya kini merupakan satu kepuasan yang membuatkannya rasa ketagih dan mahu lakukan lebih baik dalam perniagaan.

 

“Saya tidak berhenti di sini dan buat yang lebih baik, sasaran saya seterusnya adalah untuk capai pendapatan enam angka dan mahu menaja mereka yang tidak berkemampuan melakukan ibadah Umrah,” ujarnya.

 

 

Berkongsi tip kejayaan, Nina memberitahu dia percaya dengan kuasa percaya pada diri. Apa-apa yang dilakukannya, selalu menyimpan foto impian sebagai gambar latar pada telefon pintar,

 

“Contohnya, kalau anda nak beli rumah, anda simpan gambar rumah itu sebagar latar di telefon bimbit atau laptop atau tempat yang anda selalu lihat.

 

Percayalah, itu yang membuat anda semangat untuk mendapatkan apa-apa yang anda mahu,” katanya.

Jika dibandingkan kehidupannya sekarang sangat baik, dia dapat memiliki apa-apa yang dia mahu sebelum ini termasuk merasai melancong di luar negara.

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan produk dan perniagaan Shaklee, boleh singgah ke Facebook Nina Mahizan Yaman dan Instagram, ninamahizan.

Suara Sarawak