PINGAT PERTAMA SARAWAK…Nuramirah Jamaludin.

KUALA LUMPUR: Anak jati kelahiran Kampung Banting Lawas, Nuramirah Jamaludin menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Para Sukma Sarawak pada hari pertama acara powerlifting, hari ini.

Wanita berusia 22 tahun itu berjaya meraih pingat gangsa menerusi kategori tidak melebihi 55kg dengan angkatan terbaik 30 kg berjaya dilakukan pada tiga sesi saingan yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kampung Pandan di sini.

Gagal mengatasi dua pesaingnya iaitu Siti Nuraisyah Sahrin dari Selangor selaku pemenang pingat emas dengan angkatan terbaik 50kg dilakukannya.

Selain Eng Ling Li dari Johor selaku pemenang pingat perak dengan angkatan terbaik 39kg yang berjaya dilakukannya.

Suara Sarawak