KUCHING: Dua sahabat baik masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana memecah masuk rumah, mencuri seunit komputer riba dan tablet.

Tertuduh Jekely Silon,28, dan Jarus Russia, 28, mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama sengaja melakukan pecah masuk dan mencuri komputer riba jenama Macbook Air dan tablet jenama Ipad Pro milik seorang wanita berusia 26 tahun melibatkan anggaran kerugian RM5,000 di Jalan Kuching City Mall, kira-kira jam 3 petang, 14 November lepas.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda, atau penjara sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan yang dilakukan kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda atau sebat.

Zaiton memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 16 September lepas.

Pegawai Pendakwa Merylene Lindan Andrew Mang memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Suara Sarawak