Seorang maut dan seorang cedera dalam kejadian paip gas Petronas meletup di Long Ugui, Lawas.

LAWAS: Seorang maut sementara seorang lagi cedera dalam kejadian letupan paip gas Petronas di Long Ugui, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.49 petang.

Menurutnya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, pihaknya menerima laporan tersebut dari seorang pelapor yang datang sendiri ke balai.

“Pasukan bomba terus bergerak ke lokasi sejurus laporan,” katanya.

Beliau berkata, enam anggota BBP Lawas termasuk sebuah jentera dan sebuah pikap telah bergerak ke lokasi.

: Paip gas milik Petronas meletup dalam kejadian dilaporkan kira-kira jam 2.49 petang.

Suara Sarawak