WANITA EMAS…Thoo Siew Lan yang berjaya memenangi dua pingat emas.

KUALA LUMPUR: Pasukan catur Sarawak berjaya meraih dua pingat emas dan dua gangsa pada temasya Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022.

Pingat emas disumbang oleh Thoo Siaw Lan dalam acara perseorangan wanita (B2/3) yang mengumpul lima mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Dia turut berjaya menggondol pingat emas keduanya dalam satu lagi acara (B2/3) bersama Nur Ain Abdullah dengan mengumpul tujuh mata.

Pingat gangsa Sarawak disumbangkan oleh Isak Ngau-Sadun Julen dalam acara bergu lelaki (B1) dan Isak dalam perseorangan lelaki Standard B1.

Isak turut memenangi gangsa dalam acara perseorangan lelaki (B1).

“Saya amat gembira dengan keputusan setakat ini kerana kami telah mencapai sasaran untuk memenangi dua pingat emas pada saingan kali ini,” kata pengurus pasukan merangkap ketua jurulatih Abang Mohammad Reduan.

Menurutnya, Sarawak menyenaraikan 10 atlet catur pada temasya kali ini.

Suara Sarawak