RAKAM KENANGAN…Para pemain merakam gambar bersama-sama Datuk Julaihi Narawi (berdiri tengah) selesai majlis penyampaian hadiah.

KUCHING: Pasukan Jidan mencipta kejutan muncul juara Pertandingan E-Sukan Mobile Legends Bang Bang 2022 yang berlangsung di Sebuyau, semalam.

Kejayaan itu membolehkan pemain pasukan terbabit membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Naib juara pula milik pasukan GG Team dengan membawa pulang wang tunai RM800. Diikuti tempat ketiga, pasukan Seberang Gaming turut menerima wang tunai RM600.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi.

Pertandingan yang berlangsung selama sehari itu dianjur oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) sempena Program Rindok Digital Sebuyau yang menyaksikan penglibatan 16 pasukan handalan.

Suara Sarawak