Pelan hala tuju gas Sarawak

PETROLEUM Sarawak Berhad (PETROS) menyasarkan untuk mewujudkan empat hab gas di Miri, Bintulu, Samalaju dan Kuching yang akan menyediakan model perkhidmatan Hub and Spoke di seluruh negeri.

Ia merupakan sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Gas Sarawak yang akan memacu aktiviti ekonomi di negeri ini untuk merealisasikan wawasan 2030, sekali gus memberikan akses kepada bekalan gas dan tenaga bersih mencukupi.

Dalam pada itu, usaha terbaharu PETROS adalah memeterai perkongsian pengeluaran (PSC) dengan Petroliam Nasional
Berhad (PETRONAS) untuk memperoleh 45 peratus ekuiti di Blok SK407 yang terletak di luar pesisir Miri berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Ini langkah penting untuk meningkatkan akses Sarawak kepada sumber hidrokarbon yang mencukupi bagi men-
dorong merealisasikan Pembangunan Hab Miri, iaitu projek pertama ialah loji jana kuasa 400MV bagi memastikan keselamatan
tenaga utara Sarawak.

Untuk Hab Samalaju di Bintulu pula, Petros akan memasang saluran paip gas bersama Sarawak Energy Berhad (SEB)
untuk membina loji jana kuasa ini penting untuk melengkapkan Samalaju sebagai zon industri berat.

Projek-projek tersebut memerlukan pelaburan sekitar RM6 bilion.

Namun dalam tempoh lebih 10 tahun merentasi empat hab itu, jumlah pelaburan yang diunjurkan adalah sebanyak RM65 bilion termasuk industri nilai tambah hiliran.

Sementara bagi sektor hiliran, Petros kini merupakan pemain utama dalam pasaran gas domestik sebagai pengendali pengedaran gas petroleum cecair (LPG) dengan 65 peratus di pasaran negeri ini.

Dengan projek tersebut PETROS kekal sebagai pengawal selia dalam penerokaan sumber huluan serta pengeluaran minyak dan gas melalui anak syarikatnya, Petroleum Sarawak Exploration and Production (PSEP) di Blok SK433 terletak di kawasan Miri-Baram.

Inisiatif itu juga mengaktifkan kembali aktiviti gas di daratan Sarawak selepas lebih 20 tahun tidak aktif, PETROS akan menggerudi pada tahun depan di Miri dan Baram.

Suara Sarawak