Pandi bersama tetamu kenamaan lain memotong kek simbolik Ulang Tahun Ke-12 penubuhan PAVB di Hotel Margherita Plaza Bintulu, malam tadi.

BINTULU: Persatuan Anaq Vaie Bintulu(PAVB) akan menyokong mana-mana pertubuhan atau persatuan yang diwujudkan dengan matlamat memastikan anak masyarakat itu tidak terpinggir dalam arus kemajuan dan pembangunan.

Sambil menzahirkan rasa bangga terhadap penubuhan pelbagai NGO berteraskan penglibatan anak masyarakat Vaie, presiden PAVB Pandi Suhaili menegaskan dengan penyertaan ramai kaum tersebut ia akan menjadikan suara ‘Vaie’ lebih didengari oleh pihak berkaitan.

Beliau, bagaimanapun, menasihati golongan terlibat khususnya belia agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak lain yang cuba memecah belah perpaduan dalam kalangan masyarakat tersebut.

“Biar banyak persatuan tetapi mempunyai matlamat perjuangan yang sama, namun jangan terpengaruh dengan hasutan pihak yang cuba memecah belah masyarakat kita,”ujarnya semasa berucap pada Makan Malam Ulang Tahun Ke-12 penubuhan PAVB di Hotel Margherita Plaza Bintulu, malam tadi.

Pada masa sama, Pandi mengajak anak- anak Vaie untuk merapatkan ukhuwah dan berganding bahu sekali gus meningkatkan martabat mereka.

Pandi semasa berucap pada Makan Malam Ulang Tahun Ke-12 PAVB.

Suara Sarawak