KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana terlibat dalam mengambil dadah terlarang secara berulang.

Tertuduh Mohd, 27, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Maris Agan.

Maris Agan memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan pihak polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa memiliki sebanyak dua rekod lampau mengambil dadah pada 20 Januari 2021 dan 20 Januari tahun ini, serta sekali lagi didakwa memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Padawan sekitar jam 4.25 petang pada 28 September lepas.

Oleh itu, tertuduh di dakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 C (1) (b)akta sama.

Sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun dan tidak lebih daripada tiga sebat.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki tempatan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah dan laporan dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Suara Sarawak