BERSAMA ATLET…Datuk Seri Fatimah Abdullah (tengah) bersama-sama barisan atlet Para Sukma Sarawak selepas majlis perasmian semalam. – FOTO ABDUL HAKEEM WELL

KUALA LUMPUR: Penganjuran temasya Sukan Para Sukma 2022 tidak hanya memberi peluang kepada atlet mengetengahkan bakat, tetapi juga landasan terbaik untuk mencungkil bakat baharu yang boleh mewakili negara ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faisal Azumu menegaskan, kejohanan berprestij negara itu disertai ramai atlet baharu yang berbakat besar.

Justeru katanya, secara tidak langsung melalui kejohanan kali ini akan dapat menyaksikan ada bakat baharu yang berpotensi.

“Kita percaya akan ada atlet baharu berbakat. Sekali gus dapat membentuk skuad pelapis negara bagi menghadapi kejohanan lebih mencabar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Perasmian Sukan Para Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022 di Axiata Arena, hari ini.

Upacara tersebut telah disempurnakan Penaung Majlis Paralimlik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah.

Terdahulu beliau turut menggesa semua atlet terlibat pada temasya kali ini mempamerkan aksi terbaik masing-masing.

Majlis tersebut turut diserikan dengan perarakan masukan 15 kontinjen yang turut bertanding pada temasya kali ini.

Suara Sarawak