KUCHING: Seorang lelaki maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Datuk Haji Daud Bin Abdul Rahman, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 4 pagi.

“Penunggang motosikal seorang lelaki warga tempatan berumur 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Suara Sarawak