MUKAH: Satu perarakan Krismas besar-besaran melibatkan semua gereja Kristian akan diadakan pada 10 Disember ini bermula jam 6 petang di Astaka Dataran Menara Pehin Setiaraja seterusnya berarak sekitar bandar Mukah.

Perarakan yang dianjurkan oleh All Churches of Sarawak (ACS) Cawangan Mukah ini dihidupkan semula setelah lama tidak diadakan sejak pandemik Covid-19 melanda.

Menurut pengerusi pengelolanya Richard Revis Jimin, perarakan itu merupakan simbolik yang menandakan sambutan Hari Krismas kepada penganut Kristian melalui gabungan gereja yang menjadi ahli persatuan dari seluruh Mukah dan Dalat.

“Seperti tema perarakan iaitu Unity in Christ ia akan membawa maksud perpaduan dan penyatuan umat Kristian tidak kira apa jua mazhab.

“Perarakan seperti ini pernah dianjurkan oleh ACS sebelum ini tetapi atas sebab tertentu ia tidak dapat diadakan lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Jelasnya, Adun Tellian Royston Valentine turut dijemput pada hari tersebut.

Richard berharap agar perarakan kali ini berjalan lancar sekali gus menyatukan gereja- gereja yang ada di Mukah dan

gabungan gereja yang menjadi ahli persatuan dari seluruh Mukah dan Dalat.

“Seperti tema perarakan iaitu Unity in Christ ia akan membawa maksud perpaduan dan penyatuan umat Kristian tidak kira apa jua mazhab.

“Perarakan seperti ini pernah dianjurkan oleh ACS sebelum ini tetapi atas sebab tertentu ia tidak dapat diadakan lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak.

Jelasnya, Adun Tellian Royston Valentine turut dijemput pada hari tersebut.

Richard berharap agar perarakan kali ini berjalan lancar sekali gus menyatukan gereja- gereja yang ada di Mukah dan Dalat.

“Kepada semua peserta yang akan turut serta, kita harap mereka sentiasa menjaga kebersihan, jaga jarak dan sentiasa memakai pelitup muka sekiranya tidak sihat,” katanya.

Perarakan dijangka dimulakan jam 7.30 petang di Dataran Pehin Setiaraja, seterusnya melalui Ah Soon Corner, Taman Boulevard Setiaraja, Agro Bank Mukah, Pejabat Buruh dan kembali ke Dataran Pehin Setiaraja.

ACS Cawangan Mukah dianggotai oleh Mukah Baptist Church, Borneo Evangelical Mission, Gereja Roman Katolik dan Gereja Methodist.

Antara gereja lain yang dijemput menyertai perarakan itu ialah Gereja 611 Bread of Life.

Suara Sarawak