Roland Sagah menyempurnakan Majlis Perasmian Pesta Buku 2022 di Pustaka Negeri Sarawak, hari ini.

KUCHING: Pembudayaan amalan membaca dan pemerkasaan pendidikan diyakini mampu merealisasikan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, usaha itu harus dipupuk setiap masa dengan pendedahan awal kepada generasi muda.

“Untuk memperoleh dan mengamalkan nilai-nilai positif ini, yang terpenting adalah melalui pembudayaan amalan membaca.

“Seiring dengan matlamat PCDS2030 yang menyasarkan Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ketika merasmikan Pesta Buku Kuching 2022 di Pustaka Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Tegasnya, amalan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat adalah salah satunya ikhtiar yang boleh dilakukan untuk mencapai objektif PCDS2030.

Suara Sarawak