KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dengan kerjasama Satria akan menganjurkan Perlumbaan Kembara Sukan Sarawak di Daerah Lundu pada 11 Disember nanti.

Program tersebut dianjurkan sempena Bulan Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak dengan tema ‘Inovasi Untuk Kelestarian’.

Penyertaan kini dibuka kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas dan merupakan acara berpasukan yang dianggotai tiga orang dengan yuran penyertaan RM200.

Perlumbaan terbabit yang dibahagi kepada beberapa kategori iaitu 10 km meredah hutan, 42 km berbasikal dan 3 km berlari.

Hadiah wang tunai beserta pingat akan menanti para pemenang bagi setiap kategori.

Juara akan menerima RM3,000, naib juara RM2,000, tempat ketiga RM1,000, tempat keempat RM500, tempat kelima RM300 manakala tempat keenam hingga ke-10 masing-masing mendapat RM200.

Tarikh tutup penyertaan pada 9 Disember dan para peserta boleh mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan (SK) Bumiputera, Lundu.

Sesi taklimat kepada peserta akan berlangsung pada 10 Disember di Bilik Gerakan pukul 3:00 petang.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang sscbulaninovasi@gmail.com..

Suara Sarawak