Gerawat Gala ketika menjawab soalan Adun Baru Bian pada persidangan Dun, hari ini.

KUCHING: Golongan profesional atau ekspatriat dari luar yang bertugas di Sarawak tidak perlu lagi memperbaharui permit kerja setiap tahun.

Demikian jelas Adun Mulu Datuk Gerawat Gala yang berkata ia susulan kerajaan Sarawak melonggarkan tempoh sah permit itu sehingga lima tahun secara terus.

“Cadangan yang telah dilaksanakan melalui pertimbangan Jawatankuasa Lokalisasi ini adalah khusus kepada golongan professional dan pakar dalam bidang Digital Scientist dan pakar teknikal yang bekerja dalam sektor industri tenaga dan sektor digital di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Adun Ba’ kelalan Baru Bian berhubung status cadangan ini permit kerja lima tahun pada persidangan DUN ke-19 Sarawak bagi Penggal pertama, hari ini.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) itu, setiap permohonan akan dipertimbangkan mengikut kriteria yang ditetapkan dengan memberi keutamaan kepada golongan profesional dan pakar yang dapat memberi sumbangan kepada pembangunan dan ekonomi Sarawak.

“Kriteria bagi permohonan pas pengajian lima tahun bagi golongan profesional dan pakar adalah seperti pemohon mestilah kepakaran dan mempunyai kelayakan akademik yang diiktiraf.

“Seterusnya adalah pengalaman kerja dalam bidang berkaitan, mempunyai kontrak kerja tidak kurang dari 5 tahun dan gaji asas tidak kurang RM3,000,” tambahnya.

Beliau mendedahkan, permohonan untuk mengaji golongan tersebut hendaklah dikemukakan kepada pejabat Imigresen Malaysia Sarawak yang terdekat untuk diproses dan seterusnya dibentang dalam jawatankuasa lokalisasi bagi pertimbangan dan keputusan.

Bagi menjawab soalan tambahan Baru Bian berhubung sektor strategik untuk dilaksanakan dengan sistem digital ini pula, Gerawat menyatakan bahawa ia melibatkan sektor digital dan sektor industri tenaga.

Suara Sarawak