MAMPU LAKUKAN KEJUTAN….Pemain pasukan Semarang Village United.

KUCHING: Aksi separuh akhir Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022 yang bermula petang esok dijangka bakal menyaksikan beberapa perlawanan dramatik.

Tumpuan peminat tempatan pasti tertumpu kepada perlawanan antara Saratok FA dan Semarang Village United di Kompleks Sukan Betong kerana masing-masing mahukan kemenangan untuk layak ke final.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, kedua-dua pasukan terbabit turun dengan misi beroleh kemenangan.

“Kita menjangkakan satu perlawanan menarik bakal disaji pemain kedua-dua pasukan untuk memburu kemenangan,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, pengemudi kedua-dua pasukan pasti akan menyediakan pelan khas untuk diguna pakai pada perlawanan itu.

“Saya percaya penyokong setia kedua-dua pasukan akan turun memberi sokongan petang esok,” tambah Abang Suhordie lagi.

Suara Sarawak