Len Talif Salleh, Felicia Tan Ya Hua dan tetamu yang lain hadir pada sidang media Pesta Nanas Sarikei 2022, di Pejabat Residen Sarikei.

SARIKEI: Pesta nanas dan buah-buahan kembali dengan penganjuran edisi ke-17, selama sembilan hari bermula 26 November ini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, pesta kali ini terbahagi kepada enam komponen utama iaitu produk dan perkhidmatan; keusahawanan dan perdagangan; pendidikan; pertandingan; malam kebudayaan; sukan serta rekreasi.

“Kita juga menampilkan pelbagai keistimewaan antaranya digital pavilion, perkhemahan, pertandingan gudi wau LED, taman hiburan mini dan pameran inap desa, planetarium dan banyak lagi,”katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.

Penganjuran diterajui oleh Pejabat Residen Sarikei dengan kerjasama strategik jabatan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak swasta di Bahagian Sarikei.

Hadir sama, Residen Sarikei Felicia Tan Ya Hua.

Suara Sarawak