DARO: Pengundi khususnya golongan muda diseru untuk menunaikan tanggungjawab dan membuat keputusan dengan sebaiknya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Demikian jelas Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) kerusi Parlimen P.207 Igan, Ahmad Johnie Zawawi yang menegaskan, PRU kali ini penting buat rakyat Sarawak menentukan hala tuju negeri mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.

MESRA… Ahmad Johnie turun padang dalam program ziarah rakyat di beberapa kampung sekitar Igan.

Katanya, tugas rakyat pada 19 November nanti bukan perkara biasa atau dipandang remeh sebaliknya perlu meletakkan GPS sebagai pilihan utama dan tepat demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.

“Sekali lagi saya mengingatkan anda (pengundi) agar memilih GPS pada 19 November ini demi masa depan kita bersama.

MESRA… Ahmad Johnie turun padang dalam program ziarah rakyat di beberapa kampung sekitar Igan.

“Anda semua tahu, memilih  kerajaan bukan seperti kita menukar baju atau kasut jika salah beli. Jika kita salah beli, akhirnya kita yang rugi.

“Begitu juga dengan mengundi. Semai dalam sanubari kita dengan memilih GPS kerana itu pilihan tepat,” katanya.

MESRA… Ahmad Johnie turun padang dalam program ziarah rakyat di beberapa kampung sekitar Igan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan program ziarah rakyat di beberapa kampung sekitar Igan.

Ahmad Johnie yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) turut menjelaskan bahawa GPS juga merupakan parti gabungan anak Sarawak yang memperjuangkan hak dan keistimewaan Sarawak.

Tambahnya, parti dari luar tidak tahu aspirasi anak-anak tempatan, justeru golongan muda diingatkan tidak terpengaruh propaganda pihak tertentu yang mahu merosakkan perpaduan dan keharmonian negeri ini.

Suara Sarawak