PASANGAN EMAS….Gandingan Gloria Gracia Wong Sze (kiri) dan Sim Siew Ling (kanan).

KUALA LUMPUR: Skuad ping pong berjaya menambah koleksi pingat emas buat kem Para Sukma Sarawak dengan beroleh satu pingat emas dan satu gangsa.

Pingat emas disumbang gandingan Gloria Gracia Wong Sze dan Sim Siew Ling hasil kemenangan mudah(2-0) ke atas pasangan dari Terengganu, Nurul Nasuha Mohd. Anuar dan Siti Nor Athirah Mohd. Anua kategori TT6-10 pada aksi final yang berlangsung di Gimnasium 2 MSN, Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, pingat gangsa diperoleh dari acara beregu Kerusi Roda Lelaki menerusi pasangan Tang Choon Hock dan Lerry Chinong.

Gandingan kedua-dua pemain itu mengenepikan pasangan Negeri Sembilan, Aziman Anjang dan Mohd Hazrin Razali dengan kemenangan tipis (3-2).

Saingan membabitkan acara ping pong diteruskan hari ini dengan acara perseorangan lelaki dan wanita.

Selain itu, acara memanah menyaksikan Nur Ezzatul Busrah kandas di peringkat suku akhir kategori Recurve Wanita 70 meter dalam acara yang berlangsung di Padang Sintetik, MSN.

Namun, beliau mempamerkan aksi cemerlang di awal saingan bagaimanapun gagal melepasi peringkat tersebut, lalu menyaksikan Nur Ezzatul hanya mampu meraih 171 mata menduduki tempat ketujuh secara keseluruhan.

Suara Sarawak