SIBU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Sibu pagi tadi untuk lawatan rasminya di sini.

Ketibaan beliau bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa pada jam pada jam 10.25 pagi tadi disambut oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut serta menyambut ketibaan beliau ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Michael Tiang, Adun Bukit Assek Joseph Chieng dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Persatuan Sekolah-sekolah Cina Persendirian Sarawak Temenggong Datuk Vincent Lau Lee Ming.

Dalam lawatannya hari ini, Perdana Menteri dijangka merasmikan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Seksyen Selangau dan menghadiri Majlis penyerahan Peranti Siswa kepada pelajar universiti berhampiran Persimpangan Selangau-Mukah.

Suara Sarawak