LANCAR…Hong Seng melakukan gimik pelancaran sambil disaksikan oleh Sharzede (kiri), Ronald Ling dan Datin Christine Ling.

KUCHING: Bahang kehangatan sambutan perayaan Krismas mula dirasai di The Spring di sini.

Saban tahun, pihak pengurusan pusat beli-belah itu tidak pernah mengecewakan pengunjungnya dengan hiasan pokok Krismas gergasi yang menarik.

Tahun ini, semangat menyambut perayaan itu disemarakkan dengan majlis penyalaan lampu pada pokok tersebut oleh Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng.

Dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Maxis, pusat beli belah tersebut turut dihiasi dengan perhiasan krismas sejajar dengan temanya ‘Christmas Wanderlust’ mulai 11 November hingga 25 Disember ini.

Selain, pengunjung juga disajikan dengan perhiasan piramid dekorasi krismas serta berkunjung ke gerai-gerai berinspirasikan gerai krismas Jerman.

Terdapat program menarik dirangka dalam memeriahkan sambutan seperti bengek, parti kanak-kanak, persembahan koir krismas, persembahan tarian dan parti kanak-kanak ‘Christmas Wanderlust’.

CANTIK…Pokok krismas gergasi bakal menjadi tempat tumpuan bergambar dalam kalangan pengunjung pusat beli belah.

Suara Sarawak