KAPIT: Kerusi Parlimen Kapit menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Alexander yang juga penyandang kerusi Parlimen itu dicabar calon Pakatan Harapan (PH) Khusyairy Pangkas @ Pangkas Unggang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Turut bertanding adalah calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB), Robert Saweng.

Terdahulu, Alexander tiba di Pusat Penamaan Calon Bilik Taklimat Utama, Kompleks Kerajaan Negeri jam 7.25 pagi bersama pencadang, Wilson Nyabong Ijang dan penyokong Jefferson Jamit Unyat.

Suara Sarawak