KUCHING: Pusingan akhir Liga Bola Sepak SSC/FAS 2022 bawah 20 tahun bermula Sabtu ini dengan empat perlawanan akan berlangsung.

Dua perlawanan akan berlangsung pada sebelah pagi. Selain dua lagi perlawanan akan berlangsung sebelah petangnya.

Pasukan PEC Bintulu akan menentang Serian FA di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 8:30 pagi, manakala PEC Kapit bakal bertemu Kuching FA di Stadium Sarawak, Petra Jaya juga pada 8:30 pagi.

SERBA MANTAP…Pasukan Miri FA.

Sementara itu, dua perlawanan yang berlangsung pada sebelah petangnya pada 4:15 petang membabitkan pertemuan Miri FA dan Sarikei FA di Stadium Negeri, Petra Jaya. Di samping pertemuan antara Limbang FA dan Kapit FA di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Haji Paza Dan memberitahu, saingan peringkat kumpulan A dan B itu bermula Sabtu ini sehingga 30 November.

“Disusuli dua perlawanan peringkat separuh akhir pada 1 Disember. Manakala, aksi final akan berlangsung pada 3 Disember di Stadium Negeri, Petra Jaya pukul 7:45 malam,” tegas Paza.

Suara Sarawak