KUALA LUMPUR: Kelibat atlet boling padang yang turun beraksi di Kompleks Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seawal pagi tadi nyata lebih bersemangat.

Dengan kehadiran Ketua Kontinjen Para Sukma Sarawak, Mohammad Razi Sitam yang sempat meluangkan masa menyaksikan beberapa perlawanan membabitkan mereka.

Turut sama mengiringi beliau ialah Pengarah JBS Negeri Sarawak, Lamat Nyalau.

CETUS SEMANGAT…Mohammad Razi (kiri) sempat meluangkan masa bersama-sama atlet boling padang Para Sukma Sarawak.

“Acara boling padang bermula hari ini dengan melibatkan saingan peringkat awal.

“Kita berharap atlet yang terlibat dapat fokus sepenuhnya dalam acara masing-masing,” ujar Razi pada sidang media ringkas sebentar tadi.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti itu turut mengingatkan semua atlet agar sentiasa fokus dan bersemangat apabila turun bersaing dalam acara masing-masing.

“Kekal fokus untuk cuba memastikan pingat emas dapat diperoleh agar misi untuk menggapai sasaran 64 pingat emas akan terlaksana,” tambahnya.

Suara Sarawak