KUCHING: Rogol dan amang seksual adik ipar ketika mangsa datang bulan, seorang lelaki tempatan dipenjara 24 tahun dan 14 tempatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh berusia 31 tahun mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan yang dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap adik iparnya di sebuah rumah tidak bernombor di Daerah Bau, sekitar jam 11 pagi, 24 Oktober lepas.

Tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dijatuhi hukuman di Kuching, hari ini.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dan Afidah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh penjara 18 tahun dan 10 sebatan.

Manakala, pertuduhan kedua, dia merupakan abang ipar mangsa didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh payudara dan kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun di tempat kejadian yang sama.

Pendakwaan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 Kanun yang sama serta dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama.

Afidah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan bagi pertuduhan kedua.

Mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap 24 Oktober lalu, selain memerintahkan tertuduh di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017.

Suara Sarawak